<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7215090?origin\x3dhttp://posh-eyedboy.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Eat YOUR FreAKING HEART out!!!

Tuesday, July 05, 2005

> han two, han 2, hantoo, hantu

1. Hantu Raya- Berasal dari Tanah Melayu. Dipercayai terkorban di dalam satu
kemalangan jalan raya, sebaik saja keluar dari Pudu Raya untuk pulang berhari
raya.......kegemarannya mencuri kuih kuih raya. Tempat menginapnya
disyaki di balai - balai raya.

2. Hantu Langsuir- Dikenal pasti berasal dari Tanah Seberang. Ceritanya bermula di suatu
pagi raya bila seorang suri rumah sedang memasang langsir lalu terjatuh
dari tingkap, terus mati. Selepas itu, dia selalu datang menjeguk
langsirnya. Hobinya bermain aumm cak di tepi langsir.

3. Hantu Stokin- Berasal dari kawasan perindustrian Shah Alam. Merupakan seorang
taukeh stokin yang berjaya sehingga lupa rumah tangga. Hidupnya asyik dengan
stokin. Tidur stokin, makan stokin, minum stokin sehinggalah kawan
kawan menggelarnya Hantu Stokin.

4. Hantu Jerangkung- Di percayai berasal dari Tanah Besar China. Ia bekerja sebagai
penjerang kangkung di sebuah restoran. Hari hari kerjanya jerang kangkung
dalam sebuah periuk besar. Satu hari seorang kawan menyergahnya dari
belakang, kerana terlalu terkejut ia jatuh dalam periuk itu. Perkataan
akhirnya ialah 'jerang.....kung', jadilah Hantu Jerangkung. Hobinya
mencangkung dan tempat tinggalnya dalam almari, sebab tu le ada lagu
'Jerangkung Dalam Almari'.

5. Hantu Pontianak- Disyaki berasal dari India. Seorang lelaki, Mr. Ponti mendapat
seorang anak perempuan yang sangat hodoh. Orang kampung selalu menyindir anak
ponti ini. Ponti punya anak - Ponti punya anak - Ponti punya anak.
Ponti sangat malu dan mengurung anaknya. Selepas 5 tahun, anaknya keluar
dari rumah dan terkejutlah seorang nenek, Oi! Pontianak...Lekatlah nama
pontianak.

6. Hantu Penanggal
- Seorang ibu tiri yang kejam, hobinya menanggalkan kain anak tirinya
selain kain lakinya. Dah terbiasa dia rasa seronok pulak. Dia melebarkan
hobinya dengan menanggalkan kain orang orang kampung. Hebohlah satu
kampung 'Lari..lari.....Penanggal'. Bila dia melihat sesuatu yang menarik
seperti kurap, panau, kayap dan anu.....dia pun mengilai semahunya.

7. Hantu Pocong- Berasal dari Puchong. Nama sebenarnya Amat Garpu Bin Mat Sudu. Dia ni
suka sangat menipu, senang cerita...kaki cong le. Bila dia mati
terlompat lompatlah dia, nak pergi cong orang. Pucong! Pucong!

8.Hantu Kom-Kom- Berasal dari Hantu Komputer,macam ko rang yang suka main Komputer
surf internat sampai 24jam hingga tak ingat dunia..disebabkan suka main
komputer hingga mati pun depan komputer,..........komputer,komputer.akhir
sekali di sebutlah hantu Kom-KOM..shortcut dari Komputer jadi ler
KOM..sahaja

9.Hantu Pangkah- Hanya wujud atau keluar masa hari Pilihanraya Umum atau Pilihanraya
Kecil. Mereka akan dikerah sekiranya perlu. Mereka cuma pergi undi
...pastu dpt habuan. Orang ramai diminta sentiasa berhati-hati sebab kerana
mereka cukup bahaya dan pandai meyesuaikan diri dalam pergaulan
biasa.....

10.Hantu Galah - Hantu galah ni berasal dari permainan galah panjang. Si hamba Allah
ni suka sangat main galah panjang sampai tak kenal waktu. Waktu panas
ke, hujan ke, ribut ke... dia tak pernah kisah. Dipercayai terkorban
kerana di himpap pokok ketiga hujan ribut petir. So...setelah kematiannye
orang kampung selalu ternampak ada org bermain galah panjang pada waktu
malam...Sebab itu dipanggil hantu galah....

11.Hantu Jepun- Berasal dari Tanjung Malim. Bekerja sebagai penyanyi di salah sebuah
pop. Wanita ni suka sangat pakai make-up tebal2 sehingga kawan-kawan
mengelarnye JEPUN kerana ketebalan make-upnya. Pada suatu hari wanita ini
ternampak suaminya belaku curang. Dengan perasaan geram bertambah marah
wanita ini naik ke tingkat 17 dan terus TERJUN (bunuh diri). Akhirnya
mati dalam keadaan yang ngeri. Selepas kematiannye, setiap hari suaminya
diganggu oleh roh isterinya...Hantu Jepun.....Waaaaa

12. Han Ki Tae- Ini Han tu suka kacau orang, usik-usik orang serta sakat-sakat,
lebih-lebih lagi budak perempuan. Muahahahahaha :P


LAME...but funny...juz me arr...

Music at the moment: Kocok-kocok~Inul Daratista

karma~posh adiwarna < 9:30 PM
|
___________________________________________


Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com